Kenapa Blog Berubah Kedudukan dalam Enjin Carian

SEO: Kenapa laman blog sentiasa berubah kedudukan dalam Enjin Carian

Salam sejahtera dan salam 1 blogger untuk semua, SEO atau singkatan kepada Search Engine Optimization. Terdetik pulak hari ni nak mengulas sedikit perkongsian apa yang dikaitkan dengan kedudukan laman blog atau website ketika berada dalam senarai rank mahupun SERP dalam enjin carian Google.

Apa yang dalam pemerhatian saya, setelah membuat beberapa kajian kenapakah laman blog/website kita tidak boleh mengekal kedudukan, mendaki lebih tinggi walaupun tdak berada dalam kedudukan page #1 atau setidak-tidaknya memperbaiki kedudukan yang lebih baik sedikit. apa sebabnya? oleh kerana faktor SERP mengikut pengindeksan google tiada siapa yang boleh bertahan begitu lama kerana sekiranya kekuatan SEO sesebuah blog tersebut tidak memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Google.


Mengikut kajian dan penelitian blog archives, categories, labels dll
Apa yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

1.Sekiranya terdapat penambahan widget tersebut oleh anda sendiri atau yang telah tersedia oleh pihak blogger/blogspot secara automatik semasa anda mendaftar akaun blogger sebelum ini, saya menyarankan supaya anda nyah/buang widget tersebut dalam blog anda. 

Ia merupakan salah satu penyebab mengapa terjadinya apa yang dipanggil duplicate content (pendua) dan juga pertambahan indeks URL (homepage) atau pages.
( sila lihat gambarajah dibawah )
Contoh: sila taip site:yourwebsite.blogspot.com
seperti dalam gambarajah untuk mendapatkan data indeks blog/website anda.

Kenapa Laman Blog Sentiasa Berubah Kedudukan dalam Enjin Carian


2. Menambah meta tags noindex, noarchives dalam <head> blog anda (memerlukan pengetahuan HTML basic).

Cara-cara menambah kod tersebut,sila ikut step by step dibawah:

Login akaun blogger > template > edit html
cari tags <head> dan copy & paste kod dibawah selepas tags <head>

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;archive&quot;'>
<meta content='noindex,noarchive' name='robots'/>
</b:if>

Klik Save template.

Selesai.