Tips Serta Sedikit Pencerahan Tentang Link SEO dan Google SERP
Link (Ping) SEO dan Google SERP
Assalamualaikum dan salam 1 blogger, terlintas pulak hari ini nak menulis entri berkenaan SEO dalam SERP di Google. SEO dan SERP adalah perkara yang saling berhubung kait mengenai kedudukan sesuatu laman web, blog mahupun laman sosial menduduki ranking tertinggi dalam enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Bolehkah membuat PING di laman web atau laman sosial boleh menaikkan ranking blog
Pada pendapat peribadi saya tidaklah 100% mengatakan ia boleh berlaku dengan pasti tetapi ia boleh dijadikan sebagai jambatan kepada rangkaian teks anda selain terselit nama blog anda disitu. Ramai para blogger diluar sana menggunakan teknik ini, ianya boleh mencapai matlamat tuan punya (author/penulis) sebuah blog untuk menyebarkan mesej teks yang disampaikan melalui penulisan.
Membuat rangkaian link diantara laman web atau blog ada keunikan tersendiri melalui sambungan yang terbina diantara halaman blog mereka. Sekiranya ia dilakukan dengan kaedah yang betul dan ia boleh menaikkan kedudukan sesuatu laman blog mengikut blog mana yang mempunyai authority dalam niche tersebut. Secara langsung tak langsung blog yang satu lagi akan ditarik ke rangkaian tajuk niche yang sama atau kata kunci yang sama, percaya atau tidak?.
Nota: Walaupun blog anda tersenarai dalam kedudukan yang baik tapi harus diingat ianya bukan yang asli, blog anda cuma berada dalam link blog ping tersebut contoh spt: blogged.my, reddit.com, linkedin.com dan selain laman sosial macam facebook.com, twitter.com, instagram.com dan sebagainya. Seperti anda lihat contoh diatas cuba anda buat carian di google.com.my: "contest review lynk.my 2015"